Ban Canal Tanjung Karang

Ban Canal

Terdapat sebuah terusan besar yang bermula dari Tanjong Karang yang bersilang dengan Sungai Tengi menggunakan kunci air. Terusan itu berakhir di daerah Sabak Bernam. Ia mula-mula dibina ketika zaman penjajah dan sering dipanggil oleh penduduk tempatan sebagai 'Bangkenal' yang diambil dari perkataan asal 'Ban Canal'. Tujuan utama pembinaan terusan ialah untuk membekalkan air yang cukup bagi mengairi tanaman padi, ia juga digunakan oleh syarikat bekalan air untuk memproses dan membekal air yang telah dirawat selain turut dijadikan tempat penternakan ikan air tawar oleh penduduk kampung. Pada satu ketika dulu, terusan itu pernah terlibat dalam aktiviti-aktiviti pembalakan. Ia digunakan untuk menghayutkan balak yang telah ditebang menuju ke 'Headworks' di mana kerja-kerja pungutan dilakukan di situ sebelum diangkut menggunakan lori. Terdapat mitos dari orang tua yang mendakwa terdapat ular gergasi di sebuah lubang dalam tanah dijumpai semasa proses pengorekkan terusan ini dahulu. Ia membawa kepada pemberhentian kerja-kerja pembinaan terusan ini di Seri Tiram.